TANGKAP layar aksi lelaki berpaut pada hadapan sebuah lori yang tular di media sosial. FOTO tular media sosial
TANGKAP layar aksi lelaki berpaut pada hadapan sebuah lori yang tular di media sosial. FOTO tular media sosial
Abdul Rahemang Taiming


Semporna: Lelaki yang melakukan aksi bahaya berpaut pada cermin sisi sebuah lori sedang bergerak di Jalan Semporna-Kunak, dekat sini, sehingga insiden itu tular di media sosial sejak semalam dipercayai mengalami masalah mental.

Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, suspek warga asing berusia lingkungan 30-an itu ditahan, 4.50 petang hari ini.

Beliau berkata, pihaknya sebelum itu menerima maklumat dan aduan awam berkenaan seorang lelaki kurang siuman mengganggu ketenteraman awam yang membaling batu kearah kenderaan yang melalui Jalan Sungai Sipit Semporna - Kunak.

"Susulan itu, sepasukan anggota dalam tugas ronda cegah jenayah bergegas ke lokasi kejadian dan menahan suspek yang ketika itu berbaring di atas jalan raya.

"Pemeriksaan awal mendapati lelaki itu mengalami luka pada bahagian kepala sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Farhan berkata, siasatan lanjut mendapati suspek adalah individu sama yang dirakam menerusi dua video masing-masing berdurasi 22 saat dan satu minit 31 yang tular baru-baru ini.

"Suspek kini ditahan reman empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8(1)(e) Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah sebelum dirujuk ke Bahagian Psikiatri Hospital Semporna untuk tindakan susulan," katanya.

Tangkap layar aksi lelaki kurang siuman bergayut pada bahagian hadapan sebuah lori yang tular di media sosial. Nstp / Media sosial.

From: Ar

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mei 2022 @ 11:02 PM