Datin seri Raya Erom isteri kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak diiringi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Rangkaian Televisyen Media Prima, Datuk Kamal Khalid (kanan) ketika menyampaikan sumbangan Duit Raya kepada sebahagian anak-anak yatim dari Yayasan Kebajikan Suria pada Majlis Berbuka Puasa Media Prima Berhad dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia bersama ahli komuniti Kampung Likas, Kota Kinabalu. FOTO Edmund Samunting

Amniera Naziera Amran

SERAMAI 159 orang menerima bantuan sempena majlis berbuka puasa bersama anak yatim anjuran Media Prima , Yayasan Suria serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) membabitkan anak yatim sekitar bandar raya Kota Kinabalu, hari ini.

Pengerusi Eksekutif Yayasan 1 Suria Datin Seri Raya Erom berkata, program berkenaan memberikan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik termasuklah empat masjid dan surau, empat rumah anak yatim serta dua pusat tahfiz di sekitar bandar raya ini.

"Tiga masjid dan satu surau termasuklah Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Masjid Jamek Kampung Likas, Masjid Nurul Hikmah serta Surau An- Nur Kampug Gadig Tanjung Balai Madan Sumatera, Indonesia.

"Pihak kami tidak ketinggalan setiap tahun memberikan sumbangan kepada anak yatim di sekitar bandaraya ini termasuklah Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Sakinah Kinarut, Rumah Anak Yatim Kesayangan Sembulan, Tahfiz Kalansanan Inanam, Tahfiz Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Rumah Anak Yatim Darul Bakti Kota Belud serta Yayasan Kebajikan Suria," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa bersama ahli komuniti Kampung Likas dan Majlis Pemberian Duit Raya kepada anak yatim di kediamannya di Kampung Likas, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Jun 2017 @ 8:39 PM