Nurain Hasnorizal menyiram air mawar di pusara anaknya, Muhammad Luth Syauqi yang meninggal dunia hari ini  akibat termakan keropok beracun. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI
Nurain Hasnorizal menyiram air mawar di pusara anaknya, Muhammad Luth Syauqi yang meninggal dunia hari ini akibat termakan keropok beracun. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI
Zuliaty Zulkiffli


Baling: Jenazah Muhammad Luth Syauqi, 2, yang meninggal dunia selepas bertarung nyawa akibat termakan keropok yang mengandungi racun tikus, selamat dikebumikan pada jam 11.30 malam ini.

Muhammad Luth dikebumikan bersebelahan pusara abangnya, Muhammad Akil Syauqi, 3, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan, dekat sini.

Terdahulu, Allahyarham dibawa dari Hospital Pulau Pinang (HPP) dan tiba di rumah neneknya di Kampung Banggol Berangan, di sini pada jam 10.45 malam.

Jenazah kanak-kanak itu kemudian dibawa menaiki kenderaan ahli keluarganya ke Surau Lebai Ahmad jam 11.07 malam dengan diiringi kenderaan polis untuk disembahyangkan.

Ibu Allahyarham, Nurain Hasnorizal, 25, turut hadir memberi penghormatan terakhir untuk anak bongsunya itu dan menyiram air mawar sejurus selepas itu.

Media sebelum ini melaporkan, dua beradik lelaki berusia dua dan tiga tahun kritikal selepas makan keropok mengandungi racun yang digantung pada dawai pagar kawasan kebun milik jiran mereka di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Ahad lalu.

Bagaimanapun, Muhammad Akil Syauqi disahkan meninggal dunia jam 8.30 pagi Rabu lalu manakala adiknya meninggal dunia jam 1.20 petang hari ini.

Pergilah adik... bermain dengan abang di syurga - Ibu

Nenek sebak hilang Luth selang dua hari Akil 'pergi'

'Separuh jiwa sudah pergi, perlu kuat demi Adik' - Nurain

Lima individu diambil keterangan bantu siasatan kes keropok beracun

JKM santuni keluarga kanak-kanak termakan makanan ringan mengandungi racun tikus

Guna racun tangani masalah monyet rosakkan kebun perkara 'biasa' - Penduduk

Keropok beracun: Lelaki direman 6 hari

Pekebun sudah serah diri, dakwa keropok beracun diikat tinggi

Arwah Akil manja, tidak banyak meragam - Bekas pengasuh

Peket kecil disyaki racun tikus ditemui di kawasan rumah pemilik kebun

Tragedi keropok racun, penduduk akan lebih berhati-hati

Akil Syauqi hembus nafas terakhir selepas ibu bisik reda dia pergi

Muhammad Akil Syauqi termakan keropok beracun meninggal dunia

Keropok beracun: Rindu keletah, tidak sanggup tengok anak sakit - Ibu

Ancaman haiwan liar dorong penduduk buat perangkap sendiri

Nenek kesal pemilik kebun gantung makanan beracun tepi pagar, mudah dicapai

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Julai 2024 @ 12:06 AM