Ayaka Furue
Ayaka Furue

Paris: Pemain golf wanita dari Jepun Ayaka Furue beraksi cemerlang apabila mendahului tiga pukulan di Kejohanan Evian sebelum pusingan kedua terpaksa dihentikan kerana cuaca buruk.

Ayaka meneruskan rentak cemerlang pada pusingan pembukaan Kejohanan Wanita keempat daripada lima musim ini dengan bebas bogey, melakukan enam birdie secara keseluruhan untuk memperoleh 12 di bawah par dengan perlu beraksi untuk lima lubang lagi.

Pemain golf terpaksa beredar dari kawasan kejohanan pada waktu petang selepas mengalami cuaca ribut sekali gus pusingan kedua perlu dihentikan walaupun 66 pemain belum menyelesaikannya.

Stephanie Kyriacou dari Australia bangkit dari bogey di lubang pertama, dengan tiga birdie berturut-turu dan lima secara keseluruhan untuk naik kedudukan ke sembilan di bawah selepas 16 lubang dalam pusingan keduanya.

Ryu Hae-ran dari Korea Selatan berada pada kedudukan yang sama dengan Stephanie selepas melakukan empat birdie berturut-turut sebelum perjuangannya terganggu cuaca buruk dengan tujuh lubang masih berbaki.

Patty Tavatanakit dari Thailand, salah seorang daripada trio pendahulu semalam, ketinggalan satu pukulan di lapan-di bawah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Julai 2024 @ 2:19 AM