Anggota polis melakukan pemeriksaan di lokasi mayat  Mohd Ali Baba (gambar kecil) ditemui berhampiran semak di Jalan Teluk Likas, Kota Kinabalu. - Foto MOHD ADAM ARININ
Anggota polis melakukan pemeriksaan di lokasi mayat Mohd Ali Baba (gambar kecil) ditemui berhampiran semak di Jalan Teluk Likas, Kota Kinabalu. - Foto MOHD ADAM ARININ
Junaidi Ladjana dan Mohd Ruzaini Zulkepli


Kota Kinabalu: Misteri kehilangan seorang penjual telefon bimbit sejak Ahad lalu, terjawab selepas penemuan mayatnya dalam keadaan hampir berbogel dipercayai dibunuh di kawasan semak berhampiran Masjid Bandaraya, Jalan Teluk Likas, dekat sini, malam tadi.

Mayat Mohd Ali Baba Kirim Abdullah, 24, ditemui jam 7 petang tadi oleh sepasukan anggota polis berdasarkan petunjuk daripada suspek lelaki yang ditahan di sekitar bandar raya ini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra yang ditemui di tempat kejadian berkata, siasatan awal mendapati mayat mangsa ditinggalkan di kawasan semak oleh suspek yang berusia 27 tahun itu.

"Hasil pemeriksaan awal di tempat kejadian, terdapat dua kesan lebam di bahagian kepala mangsa dan mayatnya ditemui kawasan semak.

"Kita masih melakukan siasatan lanjut mengenai kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh, " katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Disember 2015 @ 11:41 PM