Sukan Olimpik 2028 bakal berlangsung di Los Angeles-Reuters
Sukan Olimpik 2028 bakal berlangsung di Los Angeles-Reuters
AFP

Los Angeles:Penganjur Sukan Olimpik Los Angeles 2028 mengumumkan venue untuk 19 lagi sukan membabitkan acara renang terbuka yang akan diadakan di Long Beach dan golf di Riviera Country Club.

Pengumuman itu adalah lanjutan kepada pengumuman pada bulan Jun bahawa SoFi Stadium, rumah futuristik $5 bilion (RM24 bilion) untuk NFL Los Angeles Rams dan Chargers, akan menjadi tuan rumah acara renang manakala olahraga, yang ditukarkan ke minggu kedua Sukan Olimpik, akan berlangsung di Los Angeles Memorial Coliseum iaitu lokasi utama acara olahraga pada Sukan Olimpik 1932 dan 1984.

"Kami sangat bangga untuk membawa Sukan Olimpik ke pelbagai lokasi membabitkan komuniti tempatan.

"Venue di bandar-bandar ini adalah bertaraf dunia," kata ketua pegawai atlet LA28, Janet Evans

Long Beach akan menjadi lokasi utama untuk acara renang terbuka dan triathlon di Alamitos Beach, termasuk acara pelayaran di Belmont Shore.

Acara mendayung, seperti pada Sukan Olimpik 1932, dan kano pecut disahkan berlangsung di"stadium marin" berhampiran Lake Perris, kira-kira 100 kilometer ke timur.

Polo air akan menyertai renang artistik di kolam sementara di pusat konvensyen Long Beach.

Riviera, yang terletak di kawasan berbukit Pacific Palisades di barat laut pusat bandar Los Angeles adalah pilihan untuk acara golf.

Ia menjadi tuan rumah kepada Jelajah Terbuka PGA Genesi yang kini dihoskan oleh Tiger Woods, setiap tahun dan juga pernah menganjurkan Terbuka US dan Kejohanan PGA.

Pusat Konvensyen Los Angeles bersebelahan dengan Arena Crypto.com di pusat bandar di mana acara gimnastik akan menjadi lokasi acara lawan pedang, judo, ping pong, taekwondo dan gusti.

Angkat berat akan diadakan di Peacock Theater manakala badminton akan berlangsung di Galen Center, Universiti Southern California.

Pusat Sukan Carson di mana LA Galaxy dari Major League Soccer berpusat, akan menjadi tuan rumah untuk pelbagai sukan termasuk tenis, ragbi tujuh sebelah, hoki padang dan berbasikal trek di velodrom yang dibuka pada 2004 dan menjadi tuan rumah kepada kejuaraan dunia berbasikal trek UCI pada 2005.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Julai 2024 @ 2:35 AM