John Stones
John Stones
Reuters

Berlin: Tonggak pertahanan England satu ketika dulu hanya memanaskan bangku simpanan terutamanya di pentas Euro 2016 namun nasibnya berbeza ketika ini apabila dia antara individu penting membabitkan empat kejohanan besar sejak kebelakangan ini.

Segala galanya berubah buat Stones pada 2016 apabila dia meninggalkan Everton untuk Manchester City manakala Gareth Southgate, yang mengenalinya dengan baik dari masanya bersama pasukan bawah-21 tahun, menggantikan Roy Hodgson sebagai pengurus England.

Sejak awal lagi, Southgate ingin membina pasukan England yang dapat beraksi di bahagianbelakang, dengan pertahanan yang tenang mampu menguasai bola sekali gus ciri itu ada pada Stones bergandingan Harry Maguire.

Menerusi bimbingan Pep Guardiola di kelabnya dan Southgate menunjukkan kepercayaan penuh pada Stone beraksi untuk negaranya menerusi taktikal tiga atau empat di bahagian pertahanan.

Jika dilihat kembali, sebenarnya penuh cabaran buat Stones sebaik tiba di Jerman kerana mengalami kecederaan sekali gus tidak berada pada tahap terbaik.

Stones antara 'objek' yang sering menjadi kritikan apabila England mempamerkan aksi kurang bertenaga ketika perlawanan di peringkat kumpulan.

Namun, dia kembali bangkit pada peringkat separuh akhir dengan mempamerkan aksi memukau dalam usaha mengekang setiap asakan pemain Belanda.

Ketika ditanya minggu lalu tentang apa yang telah dipelajarinya daripada Southgate, dia menyatakan banyak perkara dipelajari.

"Banyak. Beliau mengubah budaya kami dalam pasukan yang juga adalah sesuatu yang sangat sukar.

"Kesederhanaan yang saya fikir kami ada dalam pasukan serta mentaliti untuk menang. Beliau sangat jelas dalam apa yang beliau mahu kita capai," kata stones.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Julai 2024 @ 11:49 PM