Tun Juhar menyerahkan sumbangan duit raya kepada anak yatim sambil diperhatikan Ramli (tiga dari kiri). FOTO Mohd Adam Arinin
Tun Juhar menyerahkan sumbangan duit raya kepada anak yatim sambil diperhatikan Ramli (tiga dari kiri). FOTO Mohd Adam Arinin
Mohd Ruzaini Zulkepli

 

SERAMAI 60 anak yatim dan ibu tunggal diraikan pada Majlis Berbuka Puasa Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah yang diadakan di perkarangan Masjid Nur Islam, IPK Sabah di Kota Kinabalu, semalam.

Turut hadir Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Selain itu, turut menyerikan majlis ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman, Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai dan pegawai-pegawai kanan serta ketua-ketua polis daerah di negeri ini.

Tetamu disambut Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din dan timbalannya Datuk Razaruddin Husain.

Selain majlis berbuka puasa, tetamu turut disajikan dengan persembahan nasyid dan bacaan al-Quran selain menunaikan solat sunat Terawih di Masjid Nur Islam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Jun 2017 @ 2:32 PM