KEADAAN kereta  yang terbakar sebelum anggota bomba tiba.
KEADAAN kereta yang terbakar sebelum anggota bomba tiba.
Oleh Arifin Salleh

Jasin: Seorang ahli perniagaan terselamat biarpun kerugian hampir RM150,000 selepas kereta yang baru dibeli tiga bulan lalu musnah terbakar di Kilometer 189.6, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.40 petang, mangsa, Baljit Singh, 40-an, dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Muar, Johor sebelum Toyota Camry dipandu mengalami masalah teknikal.

Sumber berkata, Baljit yang sedang memandu terkejut selepas terdengar letupan kecil lalu berhenti di tepi lebuh raya untuk melakukan pemeriksaan pada enjin keretanya.

“Sebaik membuka bonet, berlaku percikan api pada bahagian enjin sebelum api menyambar keseluruhan enjin lalu mangsa menutup semula bonet keretanya.

“Bimbang kejadian buruk berlaku, Baljit membuka pintu kereta dan cuba mengambil barang berharga, namun hanya sempat mencapai telefon bimbit sebelum api marak,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2015 @ 9:00 AM