MANGSA dibawa ke Hospital Sarikei. FOTO Khalid Latip
MANGSA dibawa ke Hospital Sarikei. FOTO Khalid Latip
Khalid Latip


BEREBUT wanita dipercayai motif serangan yang menyebabkan lelaki parah ditetak di Bukit Belok, Bintangor, kelmarin.

Dalam kejadian 8.30 malam itu, mangsa, 37, turut patah kedua-dua tangan dan luka di lutut kiri.

Pemangku Ketua Polis Daerah Meradong, Inspektor Ricky Tan berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang berbual dengan seorang wanita di dalam keretanya.

"Ketika mereka sedang berbual, mangsa dihampiri seorang lelaki yang kemudiannya menarik mangsa keluar dari keretanya.

"Mangsa kemudiannya ditetak beberapa kali dengan menggunakan parang pendek," katanya kepada media di Bintangor, semalam.

Beliau berkata, sejurus menetak mangsa, suspek melarikan diri dengan Perodua Myvi milik mangsa.

Susulan kejadian itu katanya, mangsa dikejarkan ke Hospital Sarikei untuk rawatan lanjut dan mangsa dilaporkan stabil.

"Laporan kejadian ini dibuat oleh bapa saudara wanita terbabit dan polis sedang berusaha memburu suspek yang dipercayai melarikan diri ke Sibu. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 dan 394 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 January 2019 @ 2:38 PM