ANGGOTA polis mengangkat mayat  Yau di kawasan parkir Rumah Pangsa Kenanga, Seksyen 1, Kampung Lapan, Melaka.
ANGGOTA polis mengangkat mayat Yau di kawasan parkir Rumah Pangsa Kenanga, Seksyen 1, Kampung Lapan, Melaka.

Seorang warga emas yang pada mulanya disangka terlena di dalam Proton Saga LMST sebenarnya meninggal dunia akibat serangan jantung dalam kejadian di Rumah Pangsa Kenanga, Seksyen 1, Kampung Lapan, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 4 petang itu, Yau Chai Sin, 74, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu keretanya.

Penduduk, Ahmad Bukhari Mokhtar, 21, berkata, mayat Yau ditemui seorang warga emas yang kebetulan melalui kawasan itu dan menyedari sesuatu tidak kena apabila mendiang tidak menyahut sapaannya.

“Dia memanggil saya dan beberapa rakan melakukan pemeriksaan namun mangsa yang mesra dengan panggilan ‘Uncle’ juga tidak memberikan sebarang tindak balas ketika kami mengejutnya.

“Kami menghubungi talian kecemasan dan pegawai perubatan yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Mei 2016 @ 5:08 AM