ANGGOTA bomba   menangkap ular di ruang  enjin kereta di bengkel   di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, semalam.
ANGGOTA bomba menangkap ular di ruang enjin kereta di bengkel di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, semalam.
Nadzreen Shah Mat Salim

Bangi: Seorang pemilik sebuah kereta terkejut apabila mendapati ular sawa sepanjang dua meter menyorok di bahagian enjin keretanya.

Dalam kejadian jam 9.50 pagi semalam, pemilik kenderaan yang mahu dikenali sebagai Teoh Saybun mendakwa bekerja di sebuah bengkel kereta di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, di sini.

Dia mendakwa menunggu keretanya untuk diperiksa sebelum menyedari reptilia itu memasuki ruangan enjin keretanya.

Susulan itu, dia membuat panggilan kecemasan dan meminta bantuan anggota Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi bagi menangkap ular itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bangi Rosman Majid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.58 pagi dan sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba menggunakan alat penjerut sebelum berjaya mengeluarkan ular itu dalam masa 10 minit,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Mei 2017 @ 3:42 AM