ANGGOTA bomba dan APM mengeluarkan ular sawa di dalam enjin kereta di Taman Pandan Indah, kelmarin.
ANGGOTA bomba dan APM mengeluarkan ular sawa di dalam enjin kereta di Taman Pandan Indah, kelmarin.
Nadzreen Shah Mat Salim


Ampang: Seorang pemilik kereta di Taman Pandan Indah, di sini, panik apabila ular sawa sepanjang dua meter memasuki enjin keretanya, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.20 pagi, pemilik kereta terbabit kemudian menghubungi bantuan kecemasan.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Cheras, Baharizam Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.22 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi.

Menurutnya, empat anggota dan pegawai dikerah ke lokasi sebelum membuka bonet kereta bagi memastikan kedudukan ular itu.

Beliau berkata, pemilik kereta mendakwa ternampak ular itu ketika mengemas di hadapan rumah sebelum menyedari reptilia itu memasuki bahagian enjin keretanya.

“Kami mendapati reptilia seberat lebih 10 kilogram itu melingkar di bahagian enjin kereta sebelum mengeluar tanpa mencederakannya.

“Anggota menggunakan penjerut bagi menangkap ular itu yang tidak agresif ketika ditangkap,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 April 2017 @ 9:34 AM