Sebahagian kanak-kanak mendekati lokasi yang mengorbankan rakan-rakan mereka di sekolah kendalian PBB di Nuseirat. - FOTO AFP
Sebahagian kanak-kanak mendekati lokasi yang mengorbankan rakan-rakan mereka di sekolah kendalian PBB di Nuseirat. - FOTO AFP
Reuters

Dubai: Pengarah pejabat media kerajaan Gaza yang dikendalikan Hamas, Ismail Al-Thawabta dan seorang pegawai kementerian kesihatan Gaza memberitahu Reuters pada Khamis bahawa terdapat 40 orang terbunuh dan 73 cedera dalam serangan Israel ke atas sekolah Nuseirat di Semenanjung Gaza.

Kedua-dua pegawai itu berkata, 14 kanak-kanak dan sembilan wanita terbunuh dalam kejadian itu.

Terdahulu, pengarah komunikasi UNRWA Juliette Touma memberitahu Reuters bahawa jumlah mereka yang dilaporkan terbunuh dalam serangan Israel ke atas sekolah Nuseirat adalah antara 35 dan 45, sambil menambah jumlah itu tidak dapat disahkan pada peringkat ini.

Tentera Israel berkata ia menilai bahawa terdapat 20-30 pejuang ditempatkan di sekolah agensi pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Jun 2024 @ 5:09 PM