RUANG tamu yang luas ditawarkan dalam projek.
RUANG tamu yang luas ditawarkan dalam projek.
Hafiz Ithnin


SUNWAY Aviana Residence di bandar berintegrasi Sunway City Iskandar Puteri di Johor mencatatkan kadar penerimaan sebanyak 95 peratus hanya dalam masa sebulan sebelum pelancaran fasa ketiga Sunway Aviana di Johor.

Kejayaan itu mengikuti pencapaian pembangunan sebelumnya. Dua fasa pertama yang terdiri daripada 259 unit yang dilancarkan pada suku keempat tahun lalu habis dijual.

Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Property Wilayah Selatan, Gerard Soosay berkata, projek itu merangkumi keluasan sekitar 8.9 hektar tanah kekal, Sunway Aviana mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM296 juta dan menawarkan persekitaran kehidupan yang ideal dan tenteram serta dikelilingi pelbagai kemudahan.

"Kami menjangka bahawa pasaran hartanah di Johor meningkat, terutama dengan inisiatif yang dicadangkan termasuk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan projek RTS Link yang akan datang.

"Dengan prospek pertumbuhan yang kukuh ini, kami melabur dengan lebih giat lagi dalam pembangunan bandar berintegrasi Sunway City Iskandar Puteri dan kini membangunkan fasiliti logistik bernilai RM8 bilion dengan Equalbase di zon perdagangan bebas karbon pertama di Malaysia," katanya.

Tambahnya, sebagai pemaju komuniti induk, syarikatnya menyediakan kemudahan bertaraf dunia dari pendidikan, penjagaan kesihatan sehingga ke hospitaliti.

"Projek itu direka dengan teliti mengikut kesesuaian warga emas, kanak-kanak dan individu dengan keperluan khas. Kediaman berkonsep rumah bertanah ini mempunyai keluasan binaan antara 1,847 kaki persegi hingga 1,988 kaki persegi," katanya.

Apatah lagi reka bentuknya turut dipandu Sunway Design and Development Architecutre (SDDA) yang mengintegrasikan ciri-ciri kelestarian, inovasi, kesihatan dan kesejahteraan serta gaya hidup dan pengalaman baharu dalam pembangunan.

"Ia turut dibina dengan kemudahan kediaman pintar termasuk kesediaan infrastruktur untuk mengecas kenderaan elektrik dan sistem solar.

"Dalam pembangunan hijau ini, residen boleh menikmati pelbagai kemudahan rekreasi termasuk dewan komuniti yang lengkap dengan gelanggang badminton, empat taman permainan kanak-kanak, kemudahan gimnasium luar, empat taman rekreasi serta laluan berjalan dan larian yang bersambung.

"Sunway Aviana terletak dalam bandar berintegrasi Sunway City Iskandar Puteri, hanya lima kilometer dari Singapura. Residensi ini juga dibina hanya satu kilometer dari kemudahan seperti Sunway Hotel Big Box, Sunway Big Box Retail Park, Wisma Sunway Big Box dan X Park," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Jun 2024 @ 4:16 PM