Bernama-Xinhua

Gaza: Sekurang-kurangnya 30 warga Palestin maut, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita manakala puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah sekolah yang menempatkan penduduk kehilangan tempat tinggal di kem Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza, kata sumber perubatan kepada Xinhua pada pagi Khamis.

Menurut sumber, jet pejuang Israel mengebom sekurang-kurangnya tiga bilik darjah dengan beberapa peluru berpandu.

Dalam satu kenyataan, pejabat media kerajaan Gaza yang dikendalikan oleh Hamas mengutuk serangan Israel ke atas sekolah itu sebagai "pembunuhan beramai-ramai yang dahsyat."

Menurut pihak berkuasa itu, serangan berterusan oleh tentera Israel "adalah bukti jelas jenayah pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan terhadap orang awam."

Israel masih belum memberi sebarang kenyataan mengenai insiden berkenaan.

Penduduk Palestin melihat tapak perumahan sekolah UNRWA yang musnah dibedil dalam serangan udara oleh Israel. Tangkap layar video Reuters
Penduduk Palestin melihat tapak perumahan sekolah UNRWA yang musnah dibedil dalam serangan udara oleh Israel. Tangkap layar video Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Jun 2024 @ 2:31 PM