SINGAPURA: Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud melanda barat laut pulau Pasifik Selatan di Tonga.
“Gempa bumi melanda dengan kedalaman 49 kilometer dan kira-kira sejauh 47 kilometer di barat laut bandar Neiafu,” lapor Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), hari ini.
Tiada laporan segera mengenai kerosakan atau kecederaan menimpa orang ramai akibat gempa itu.