LAMINE Yamal. FOTO Agensi
LAMINE Yamal. FOTO Agensi
Agensi

Berlin: Lamine Yamal dilabel bintang baharu dunia dalam pembikinan dan ia diakui seteru utama dalam aksi final Euro 2024, Ollie Watkins dari pasukan England.

Jelas Watkins, Yamal adalah pemain berbakat segenerasi dan mampu muncul sehebat legenda dunia seperti Pele mahupun Diego Maradona.

Malah, gol cantiknya ketika aksi separuh akhir dengan Perancis menyaksikan Yamal memecahkan rekod Pele sebagai pemain termuda yang menjaringkan gol dalam kejohanan besar dunia.

"Semua orang melihat apa yang Yamal mampu lakukan. Bukan muda menjaringkan gol menentang Perancis dari sudut atas dalam separuh akhir Euro apabila anda masih berusia 16 tahun.

"Dia menguasai dunia dan berada jauh dihadapan saya ketika saya berumur 16 mahupun 17 tahun.Pemain sayap Sepanyol sangat dinamik, muda, penuh keyakinan.

"Jadi ia akan menjadi perlawanan yang sangat menarik. Saya tidak sabar untuk menontonnya dan semoga kami dapat menyelesaikan tugas ini." katanya.

Yamal menjadi watak penting La Roja mara ke final kejohanan itu sejak 2012 dengan menjaringkan gol menakjubkan dari jarak jauh ketika menentang Perancis.

Gol itu diiktiraf sebagai antara jaringan paling genius pernah dilakukan daripada seorang pemain muda yang baharu berusia 16 tahun dan masih bersekolah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Julai 2024 @ 12:43 PM