BAKRI Nanun. FOTO Johary Indian
BAKRI Nanun. FOTO Johary Indian
Johary Indan


Kota Belud: Pusat pemindahan sementara yang menempatkan 234 mangsa kebakaran rumah di Kampung Kuala Abai di sini ditutup sepenuhnya malam tadi.

Pegawai Daerah Kota Belud, Bakri Nanun, berkata penutupan itu mematuhi arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Kini, semua mangsa kebakaran 18 rumah membabitkan 58 ketua isi rumah itu diminta menumpang di kediaman keluarga masing-masing.

"Daripada 234 mangsa, seramai 71 lelaki dan 62 wanita, manakala 101 adalah kanak-kanak dan bayi," katanya di sini.

Beliau berkata, walaupun tindakan penutupan itu mengundang pelbagai reaksi pada peringkat awal, namun semua mangsa akur selepas diberikan penjelasan mengenainya oleh pegawai Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Usukan, Liasin Kaloh.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Salleh Said Keruak, turut menyumbangkan RM10,000 kepada pasukan sukarelawan untuk menyediakan makanan serta minuman kepada mangsa kebakaran terbabit.

Turut memberi sumbangan kepada mangsa kejadian sebanyak RM58,000 ialah Yayasan Kebajikan Sabah (YKS).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Julai 2024 @ 1:08 PM