GEMPA itu menggegarkan 165 kilometer di kawasan selatan-barat daya bandar Ternate di wilayah Maluku Utara pada jam 6.28 petang. FOTO: AFP
GEMPA itu menggegarkan 165 kilometer di kawasan selatan-barat daya bandar Ternate di wilayah Maluku Utara pada jam 6.28 petang. FOTO: AFP
AFP

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 7.3 magnitud melanda kepulauan Maluku di timur Indonesia hari ini, sehingga menimbulkan panik kepada penduduk tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa itu menggegarkan kira-kira 165 kilometer di kawasan selatan-barat daya bandar Ternate di wilayah Maluku Utara pada jam 6.28 petang waktu tempatan dan di kedalaman 10 kilometer.

“Gempa bumi sangat kuat, sehingga menimbulkan panik kepada penduduk untuk lari ke luar dan ramai yang sedang menunggu di tepi jalan,” kata pegawai bencana setempat, Mansur kepada AFP.

Tiada sebarang laporan kerosakan dan kematian diterima setakat ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Julai 2019 @ 7:02 PM