Menurut Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa cetek berpusat 40 kilometer di tenggara Along dan 180 kilometer di barat daya Itanagar. FOTO Agensi
Menurut Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa cetek berpusat 40 kilometer di tenggara Along dan 180 kilometer di barat daya Itanagar. FOTO Agensi
AFP

NEW DELHI: Gempa bumi 6.1 magnitud melanda negeri timur laut India, Arunachal Pradesh jam awal pagi ini.

Menurut Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa cetek berpusat 40 kilometer di tenggara Along dan 180 kilometer di barat daya Itanagar.

Gempa berlaku pada jam 1.45 pagi, waktu tempatan.

Agensi berita China, Xinhua melaporkan gegaran turut dirasai di negara jiran India, Tibet.

USGS menganggarkan kecederaan dan kerosakan akibat gempa itu adalah sangat rendah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 April 2019 @ 11:01 AM