DREGE (tiga dari kiri) maut ketika terbabit dalam kemalangan ketika perlumbaan menuruni bukit. FOTO AFP
DREGE (tiga dari kiri) maut ketika terbabit dalam kemalangan ketika perlumbaan menuruni bukit. FOTO AFP
Reuters

Vienna: Pelumba berbasikal Norway, Andre Drege, meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan semasa menyertai Tour Austria, kata Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Drege, yang berusia 25 tahun dan mewakili pasukan Team Coop-Repsol, hilang kawalan ketika menuruni bukit semasa perlumbaan di Austria.

"UCI sangat terkesan dengan kematian pelumba profesional, Andre Drege di Tour Austria," kata UCI dalam kenyataan.

"Ingatan dan doa kami bersama keluarga, rakan-rakan, dan rakan sepasukannya yang sedang berduka."

Majlis penyampaian hadiah selepas perlumbaan dibatalkan sebagai tanda hormat dan dukacita atas berita tragik itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Julai 2024 @ 12:35 AM