Pelumba yang bersaing di Tour de France. FOTO File Agensi
Pelumba yang bersaing di Tour de France. FOTO File Agensi
AFP

PERMULAAN perlumbaan Tour de France 2021 dipinda pada 26 Jun depan bagi membolehkan pelumba mengambil bahagian dalam Olimpik Tokyo yang membabitkan perlumbaan jalan raya Gunung Fuji.

Jaguh lumba basikal seperti Chris Froome dan Romain Bardet memberitahu AFP di Jepun acara seperti perlumbaan Gunung Fuji pada Oktober lalu adalah dikategori antara perlumbaan epik yang sukar diketepikan barisan pelumba.

"Perlumbaan Tour de France akan berakhir pada hujung minggu sebelum permulaan Sukan Olimpik," kata Kesatuan Berbasikal Antarabangsa.

UCI memaklumkan berita itu awal pagi ini ketika mereka melancarkan kalendar Jelajah Dunia 2021 membabitkan 35 acara di 12 negara.

Jelajah 2021 dijadualkan bermula dari Copenhagen tetapi minggu lalu Datuk Bandar berkata dia mahu menangguhkannya kerana ia bertembung dengan acara sukan lain seperti kejohanan bola sepak Eropah yang dijadualkan semula.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2020 @ 9:01 AM