AKSI Djokovic membalas hantaran Rune.  FOTO AFP
AKSI Djokovic membalas hantaran Rune. FOTO AFP
AFP

Rom: Pemain pilihan ketujuh Holger Rune menewaskan Novak Djokovic 6-2, 4-6, 6-2 dalam aksi suku akhir yang terjejas akibat hujan di Terbuka Itali manakala pilihan utama wanita Iga Swiatek menarik diri akibat kecederaan awal pagi tadi.

Bintang Serbia Djokovic yang akan jatuh di ranking kedua dunia Isnin ini di belakang Carlos Alcaraz mengakui dia bergelut di atas padang basah susulan hujan di Rom.

"Kejohanan kali ini mungkin paling sejuk dan basah sejak saya beraksi di sini," kata pemenang 22 kali Grand Slam itu.

"Saya tak ingat berapa kali aksi saya dalam hujan. Dalam situasi ini, sangat sukar mencatur strategi. Rune pemain sangat berbakat, dinamik dan dia terlalu bagus untuk saya sepanjang perlawanan," kata Djokovic.

Sementara itu, Iga yang dalam misi mempertahakan trofi Terbuka Perancis bulan ini terpaksa menarik diri di set ketiga suku akhir ketika menentang pemain Kazakhstan Elena Rybakina.

Pemain Poland Iga tewas di set pertama tetapi bangkit meraih kemenangan di set kedua. Namun selepas menerima rawatan di set ketiga akibat kecederaan, dia tidak mampu meneruskan perlawanan sekali gus memberikan kemenangan 2-6, 7-6 (7/3), 2-2 kepada juara Wimbledon, Elena yang mara ke separuh akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Mei 2023 @ 9:14 AM