REAKSI Alcaraz ketika meninggalkan gelanggang selepas tamat perlawanan menentang Rune.  FOTO Reuters
REAKSI Alcaraz ketika meninggalkan gelanggang selepas tamat perlawanan menentang Rune. FOTO Reuters
AFP

London: Carlos Alcaraz kekal dalam landasan perebutan gelaran Wimbledon menentang juara bertahan Novak Djokovic manakala Ons Jabeur berjaya membalas dendam kekalahan pada final tahun lalu.

Pemain nombor dunia dari Sepanyol, Alcaraz mempamerkan prestasi cemerlang ktika menewaskan rakannya Holger Rune 7-6 (7/3), 6-4, 6-4 untuk menempah pertarungan separuh akhir dengan Daniil Medvedev.

Alcaraz hanya berdepan satu mata break yang dipatahkan, melakukan 35 'winners' berbanding 13 kesilapan.

"Secara jujurnya, ia menakjubkan buat saya," kata Alcaraz. "Ia seperti mimpi sejak saya bermain tenis."

Juara bertahan Terbuka Amerika Syarikat itu yang meraih 10 kemenangan berturut-turut di atas gelanggang rumput, gembira dengan prestasinya ketika menentang pemain berusia 20 tahun itu.

"Saya beraksi pada tahap terbaik. Saya tak jangka dapat bermain seperti itu di permukaan ini," katanya. "Bagi saya, ia gila."

Alcaraz muncul pemain termuda beraksi di separuh akhir Wimbledon sejak Djokovic pada 2017 tetapi berdepan tugas lebih mencabar apabila menentang pilihan ketiga Medvedev esok.

Pemain Rusia itu terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan pemain bukan pilihan dari Amerika Syarikat Christopher Eubanks 6-4, 1-6, 4-6, 7-6 (7/4), 6-1.

Sementara itu, dalam perlawanan ulangan final 2022, pilihan keenam dari Tunisia, Ons bangkit menewaskan juara bertahan Elena Rybakina 6-7 (5/7), 6-4, 6-1 pada suku akhir.

"Perlawanan gila, sukar tetapi saya puas hati dan gembira tewaskan Elina," kata pemain berusia 28 tahun itu yang mengakui tidak mampu menonton kembali kekalahannya tahun lalu kerana ia sangat memilukan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Julai 2023 @ 10:37 AM