Team Bekpes Hot bersama wakil MBOR
Team Bekpes Hot bersama wakil MBOR
Ridzuan Abdul Rahman


Kuala Lumpur: Stesen popular Hot FM terus cemerlang mencipta sejarah tersendiri dalam dunia penyiaran radio tanah air.

Selepas kejayaan Bekpes Hot, KJ, Johan, Fara Fauzana dan AG menerusi "Mission Impossible Bekpes Hot" pada Mac lalu, Hot FM menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records (MBOR) atas kejayaan mencipta sejarah sebagai "Longest Distance Live Radio Broadcast Aboard A Train (Siaran Langsung Radio Jarak Paling Jauh Atas Kereta Api), semalam.

Pengiktirafan ini diperoleh atas usaha Hot FM melakukan siaran luar bergerak dalam ETS selama hampir enam jam tanpa henti bersamaan dengan 534 kilometer yang bermula daripada Stesen Sentral, Kuala Lumpur ke Stesen Padang Besar Perlis.

Penganugerahan pengiktirafan ini dilakukan di Studio Hot FM bersama-sama dengan pasukan Bekpes Hot, KJ, Johan, Fara Fauzana dan AG pada jam 8 pagi semalam yang disiarkan secara langsung di akaun TikTok @hotfm976_ serta secara langsung di radio.

Sijil pengiktirafan terbabit disampaikan oleh wakil pegawai MBOR, Edwin Yeoh.

Terdahulu siaran luar istimewa yang berlangsung dari Stesen Sentral Kuala Lumpur pada 8 Mac lalu, bermula jam 7.08 pagi bersamaan dengan pelepasan tren ETS menuju ke Stesen Padang Besar, Perlis.

Kejayaan program "Mission Impossible Bekpes Hot" ini adalah hasil kerjasama antara Hot FM dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melalui perkhidmatan Tren ETS.

Hot FM boleh didengari menerusi frekuensi 97.6FM di Lembah Klang; 88.2FM Alor Setar dan Pulau Pinang; 104.5FM Ipoh; 90.1FM Johor Bahru dan Singapura; 92.4FM Kuantan; 88.6FM Kota Bharu; 87.7FM Kota Kinabalu; 94.3FM Kuching; 104.3FM Melaka; 99.5FM Seremban; 90.5FM Taiping; 105.0 Kuala Terengganu.

Pendengar juga boleh mendengar secara live streaming di www.hotfm.audio dan YouTube Hot TV. Perkembangan dan pengisian digital paling hangat, boleh terus ikuti laman sosial Hot FM.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mei 2024 @ 2:31 PM