Suspek yang ditahan untuk siasatan berhubung penemuan seorang bayi di sebuah premis di Jabur Kubur, Kemaman. FOTO Rosli Ilham
Suspek yang ditahan untuk siasatan berhubung penemuan seorang bayi di sebuah premis di Jabur Kubur, Kemaman. FOTO Rosli Ilham
Rosli Ilham


Chukai: Sepasang kekasih yang ditahan semalam, susulan penemuan bayi lelaki di kedai jual ayam di Jalan Jabur Kubur di sini, direman tiga hari.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Syarifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin bermula hari ini terhadap pasangan berusia 21 dan 24 tahun.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Suspek lelaki yang bekerja sebagai pembantu kedai hadir ke mahkamah diiringi polis, manakala suspek wanita direman di wad bersalin Hospital Kemaman.

Media sebelum ini melaporkan pasangan itu ditahan selepas bayi lelaki seberat kira-kira tiga kilogram ditemui ditinggalkan di atas lantai kedai menjual ayam oleh pemandu lori yang berada di situ untuk menghantar bekalan pada Sabtu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mei 2024 @ 2:45 PM