DJOKOVIC dihadiahkan kek simbolik kemenangan ke-1,000 dalam kariernya. -FOTO EPA
DJOKOVIC dihadiahkan kek simbolik kemenangan ke-1,000 dalam kariernya. -FOTO EPA
AFP

Rom: Pemain nombor satu dunia Novak Djokovic mara ke perlawanan akhir Terbuka Itali dan meraih kemenangan ke-1,000 dalam kariernya selepas menewaskan pemain Norway, Casper Ruud straight set 6-4, 6-3 di Rom.

Djokovic akan berdepan juara Monte Carlo Masters, Stefanos Tsitsipas di final dengan pemain Serbia itu mendapat sokongan penuh daripada penyokong di ibu negara Itali yang suka melihat aksinya di atas gelanggang.

"Jika saya boleh memilih dua tempat di dunia di mana saya mahu meraihkan kemenangan ke-1,000 ia adalah di Serbia dan di sini, di Rom," kata Djokovic selepas diberikan kek sebagai penghormatan kepada kejayaannya itu.

"Mari kita raih untuk seribu lagi."

Djokovic kini memburu kejuaraan keenam di Foro Italico menjelang aksi Roland Garros hujung bulan ini dan akan berhadapan pemain nombor 10 dunia, Ruud dalam aksi final ke-12 di salah satu venue kegemarannya.

Pemain berusia 34 tahun itu sudahpun mencatatkan rekod sebagai pemain nombor satu paling lama pada minggu ke-370 hasil kemenangan straight set ke atas Felix Auger-Aliassime Jumaat lalu.

"Saya fikir saya bermain dengan sangat baik dalam empat perlawanan pertama dan empat perlawanan terakhir. Harap saya boleh melakukan yang sama pada perlawanan akhir nanti," kata Djokovic.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Mei 2022 @ 11:02 AM