Pemain nombor satu dunia Novak Djokovic meraikan kejayaan menempah slot separuh akhir Masters Monte Carlo
Pemain nombor satu dunia Novak Djokovic meraikan kejayaan menempah slot separuh akhir Masters Monte Carlo
Reuters

Monte Carlo: Pemain tenis sensasi dunia Novak Djokovic membalas kekalahan tahun lalu di Masters Monte Carlo terhadap Lorenzo Musetti untuk memastikan tempat ke separuh akhir bersama Jannik Sinner, sementara Daniil Medvedev menyuarakan rasa tidak puas hati kerana kekalahannya.

Pemain nombor satu dunia Djokovic membuat permulaan yang kurang menyengat hingga hampir tewas pada set kedua sebelum bangkit dengan keputusan 7-5, 6-3 menentang Musetti yang menduduki tempat ke-24.

"Djokovic menjelaskan, "Saya tidak fikir saya masih berada di tahap terbaik saya tetapi ini adalah ujian yang hebat hari ini melawan pemain yang hebat, pemain yang sangat berbakat.

"Saya sangat gembira dapat mengatasi cabaran ini dan menantikan yang seterusnya." katanya.

Djokovic akan berhadapan dengan Alex de Minaur, berasal dari Australia, dalam pertemuan separuh akhir.

Pemain itu dilihat bergelut untuk menemui rentak terbaiknya sejak kebelakangan ini dengan sering mencatatkan keputusan kurang memuaskan.

Beliau tidak pernah menang kejohanan sejak dua gelar terakhirnya pada 2015, gagal melangkah ke peringkat akhir dalam tujuh penampilan baru-baru ini.

Sementara itu, juara Terbuka Australia Sinner meningkatkan rekodnya kepada 24-1 musim ini dengan kemenangan 6-4, 6-2 ke atas Jan-Lennard Struff.

Sinner akan berhadapan dengan Holger Rune yang mengalahkan wakil Itali dalam pertemuan separuh akhir tahun lalu sebelum menjadi naib johan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 April 2024 @ 1:33 PM