QAZIM (kiri) akui mereka bertambah yakin selepas berjaya mengikat Croatia. FOTO AFP
QAZIM (kiri) akui mereka bertambah yakin selepas berjaya mengikat Croatia. FOTO AFP
Reuters

Hamburg: Albania meledak gol penyamaan pada masa kecederaan untuk mencatat keputusan seri 2-2 yang menakjubkan menentang Croatia dalam saingan Euro yang mendebarkan sebentar tadi.

Klaus Gjasula yang memainkan kedua-dua watak, wira dan penjahat, menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan selepas sebelumnya meledak gol sendiri yang menyaksikan Croatia mendahului 2-1 dalam pertembungan Kumpulan B di Volksparkstadion.

Menurut pemain tengah Albania, Qazim Laci yang membuka jaringan pada minit ke-11, keputusan berkenaan meningkatkan keyakinan mereka menjelang aksi terakhir kumpulan.

"Keputusan ini akan memberi kami keyakinan untuk bergerak ke hadapan, untuk mempercayai diri sendiri.

"Perlawanan dengan Sepanyol akan menjadi lebih sukar tetapi kami akan memberikan yang maksimum untuk meraih kemenangan," katanya.

Sementara itu, Gjasula mengakui mereka sebenarnya mampu menambah gol ketiga dalam aksi berkenaan.

"2-2 tidak mengapa. Dengan sedikit nasib, kami boleh menjaringkan gol ketiga juga.

"Kami tahu bahawa perlawanan dengan Sepanyol sangat sukar tetapi dalam bola sepak segala-galanya mungkin. Jika kami akan bermain seperti hari ini segala-galanya boleh berlaku."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Jun 2024 @ 11:56 PM