POLIS mengawal Istana Quemado di Plaza Murillo di  La Paz. FOTO  AFP
POLIS mengawal Istana Quemado di Plaza Murillo di La Paz. FOTO AFP
AFP

La Paz: Ketua tentera ditangkap pada Rabu selepas menghantar tentera dan kereta kebal untuk mengambil kedudukan di hadapan bangunan kerajaan dalam apa yang disebut oleh Presiden Luis Arce sebagai percubaan rampasan kuasa.

Tentera dan kereta kebal memasuki Plaza Murillo, sebuah dataran bersejarah di mana letaknya istana presiden dan Kongres, pada sebelah petang.

Salah satu kereta kebal cuba memecahkan pintu besi istana presiden.

Dikelilingi oleh askar dan lapan kereta kebal, ketua tentera yang kini dipecat Jeneral Juan Jose Zuniga berkata, "angkatan bersenjata berhasrat untuk menyusun semula demokrasi, untuk menjadikannya sebuah demokrasi yang sebenar dan bukan dikendalikan oleh beberapa orang yang sama selama 30, 40 tahun."

Tidak lama selepas itu, wartawan AFP melihat askar dan kereta kebal berundur dari dataran. Pemberontakan itu berlangsung kira-kira lima jam.

Pada hari sama, Zuniga ditangkap dan dipaksa masuk ke dalam kereta polis ketika beliau bercakap kepada pemberita di luar berek tentera, berdasarkan rakaman di televisyen negara.

"Jeneral, anda ditahan," kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jhonny Aguilera kepada Zuniga.

"Tiada siapa boleh merampas demokrasi yang sudah menangi," kata Arce dari balkoni istana kerajaan di hadapan ratusan penyokong.

Terdahulu beliau menggesa "rakyat Bolivia untuk mengatur dan melakukan gerakan menentang rampasan kuasa," dalam mesej yang disiarkan di televisyen kepada negara itu bersama menterinya di dalam istana presiden.

Beliau juga bersumpah dengan pemimpin tentera baharu, untuk memecat Zuniga.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Jun 2024 @ 10:17 AM