TORRES (tengah) berjaya menyelamatkan Barca daripada tumpas di tangan Frankfurt. FOTA EPA
TORRES (tengah) berjaya menyelamatkan Barca daripada tumpas di tangan Frankfurt. FOTA EPA
AFP

Frankfurt: Jaringan di separuh masa kedua oleh Ferran Torres menyelamatkan Barcelona selepas gergasi Sepanyol itu diikat 1-1 dengan Eintracht Frankfurt dalam aksi pertama suku akhir Liga Europa.

Frankfurt, yang kehilangan pertahanan, Tuta akibat menerima kad kuning kedua, mendahului apabila Asngar Knauff melakukan rembatan lencong dari jarak jauh menuju ke bucu gawang lawan sebaik aksi separuh masa kedua bersambung.

Bagaimanapun, Barcelona berjaya menyamakan kedudukan apabila Torres berjaya menampan masuk selepas bergandingan dengan Frenkie de Jong pada minit ke-66.

"Ketinggalan tapi berjaya menyamakan kedudukan adalah keputusan yang sangat berharga menjelang aksi kedua.

"Frankfurt lawan yang sangat sukar mereka memberikan kesulitan buat kami. Perkara paling utama ialah kami bersabar dan hasilnya ialah kami mendapat gol penyamaan," kata Torres.

Jaringan penyamaan Torres itu meletakkan mereka sebagai pasukan pilihan menjelang kedua di Camp Nou Jumaat depan.

"Kami mempamerkan persembahan yang hebat dan tidak memberikan banyak ruang sepanjang 90 minit.

"Ia hampir agak menjengkelkan bahawa kami tidak bertahan untuk kemenangan, tetapi segala-galanya mungkin untuk perlawanan kedua," kata penjaring gol Frankfurt, Knauff.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 April 2022 @ 9:18 AM