ROSSI tidak puas hati keputusan pengadil yang berat sebelah. FOTO Reuters
ROSSI tidak puas hati keputusan pengadil yang berat sebelah. FOTO Reuters
AFP

Stuttgart: Jurulatih Hungary, Marco Rossi mengkritik keputusan membenarkan gol pembukaan Jerman ketika pasukannya tewas 0-2 kepada tuan rumah Euro 2024 di Stuttgart.

Jamal Musiala memberikan Jerman gol pendahuluan pada separuh masa pertama hasil gerakan Ilkay Gundogan, tetapi pemain Hungary berang kerana kekasaran tidak diberikan untuk cabaran ke atas pertahanan Willi Orban.

"Saya tidak pernah merungut dalam karier saya sebagai pemain atau jurulatih, saya tidak pernah mencari alasan, tetapi apa yang dilakukan pengadil malam ini... pengadil menggunakan 'double standard'," kata Rossi.

"Pengadil membenarkan satu gol selepas tolakan ke atas Orban. Separuh masa kedua dalam situasi yang sama pada (Robert) Andrich, pengadil meniup wisel mengasari."

Rossi juga menempelak Video Bantuan Pengadil (VAR) kerana tidak campur tangan, dengan jaringan Musiala disahkan selepas pemeriksaan VAR singkat.

"Dalam perspektif saya, Jerman pasti menang, tetapi pengadil adalah yang paling teruk di atas padang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Jun 2024 @ 3:17 AM