PEMAIN muda Sepanyol, Lamine Yamal membuat hantaran ketika menentang Croatia. FOTO Agensi
PEMAIN muda Sepanyol, Lamine Yamal membuat hantaran ketika menentang Croatia. FOTO Agensi
Reuters

Berlin, Jerman: Aksi Lamine Yamal pantas mendapat pujian pengendali Sepanyol, Luis de la Fuente yang menyifatkan pemain itu memiliki potensi besar muncul antara pemain terbaik dunia.

Yamal, 16, melakar sejarah menjadi pemain termuda beraksi di Euro selepas dia membantu Sepanyol menundukkan Croatia 3-0, di mana tonggak sayap Barcelona itu mencipta gerakan bagi membantu jaringan ketiga pasukannya.

"Yamal mengagumkan semua orang apabila dia mempamerkan permainan sangat baik di pentas tertinggi seperti Euro," katanya selepas aksi itu.

"Dia perlu terus meningkat setiap hari dan lama-kelamaan dia akan menjadi pemain bola sepak yang hebat," tambah jurulatih itu.

Pada usia 16 tahun dan 338 hari, Yamal masih banyak yang perlu diusahakan jika dia mahu menyaingi pemain seperti Fabian Ruiz yang turut meledak satu gol.

"Ruiz pemain yang lebih berpengalaman. Berdasarkan apa yang kita lihat daripadanya setiap hari, dia hebat.

"Dia mempunyai teknik yang cemerlang. Kita harus mengiktiraf kualiti yang dia ada. Dia mempunyai imaginasi sebenar," kata De la Fuente.

Dalam aksi itu, Alvaro Morata memecah kebuntuan pada minit ke-29 dengan gol ketujuhnya di Euro, berkongsi di kedudukan ketiga dalam senarai penjaring sepanjang zaman bersama-sama Alan Shearer dan Antoine Griezmann.

Ruiz menambah gol kedua tidak lama selepas itu menerusi serangan individu yang menarik.

Yamal menjadi arkitek kepada jaringan Dani Carvajal pada hujung babak pertama sekaligus membunuh permainan dikala penyerang Croatia, Bruno Petkovic gagal menyempurnakan sepakan penalti lewat permainan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Jun 2024 @ 7:31 AM