SCHMEICHEL akui England semakin meningkat. FOTO AFP
SCHMEICHEL akui England semakin meningkat. FOTO AFP
AFP

Frankfurt: Kasper Schmeichel percaya England bertambah baik sejak menamatkan impian Denmark di Euro 2020 ketika Three Lions mensasarkan untuk menempah tempat ke pusingan 16 terakhir Euro apabila kedua-dua pasukan bertemu semula esok.

Selepas menewaskan Denmark 2-1 pada separuh akhir tiga tahun lalu, anak buah Gareth Southgate tewas di perlawanan akhir di laman sendiri kepada Itali menerusi sepakan penalti.

Tetapi mereka adalah salah satu pilihan untuk memenangi pertandingan buat kali pertama di Jerman berkat perkembangan Jude Bellingham, Phil Foden, Declan Rice dan Bukayo Saka sejak Euro lalu.

"Saya fikir England adalah pasukan bertaraf dunia apabila kami bertemu mereka (di Euro 2020), mereka layak ke final kejohanan besar," kata Schmeichel.

"Dan apabila anda melihat beberapa penambahan dan pengalaman yang mereka peroleh, mereka adalah pasukan yang lebih baik sekarang berbanding sebelum ini, sekurang-kurangnya pada masa saya menentang mereka. Kami perlu berada di puncak permainan kami untuk menewaskan mereka."

Denmark berasa terkilan selepas penalti kontroversi menyaksikan mereka tersingkir di separuh akhir tiga tahun lalu di tangan England.

Schmeichel, bagaimanapun, berkata dia tidak mahu membalas dendam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Jun 2024 @ 3:00 AM