AKSI antara Serbia dan England sebelum ini. FOTO AFP
AKSI antara Serbia dan England sebelum ini. FOTO AFP
AFP

Munich: Jurulatih Serbia Dragan Stojkovic berkata, pasukannya boleh belajar daripada kekalahan tipis 01- mereka kepada England sebelum perlawanan sukar menentang Slovenia hari ini, selepas menunjukkan 'terlalu menghormati' England.

England mendominasi separuh masa pertama dengan mendahului menerusi tandukan Jude Bellingham selepas 13 minit.

Serbia bagaimanapun bangkit kembali ke dalam permainan selepas separuh masa, memaksa England berhempas pulas dan bertahan untuk meraih tiga mata.

"Menentang England kami mula bermain dengan terlalu menghormati mereka, seperti mereka datang dari planet lain," kata jurulatih itu.

"Ia tidak sepatutnya begitu. Kami bermain lebih baik menentang mereka kemudiannya dalam perlawanan itu dan ia cara kami akan bermain menentang Slovenia."

Keputusan seri 1-1 Denmark dengan Slovenia dalam perlawanan Kumpulan C yang lain bermakna Serbia boleh mengambil langkah besar ke arah mara ke kalah mati dengan kemenangan pada hari ini di Munich.

Kekalahan atau seri dalam perlawanan itu bagaimanapun akan mewakili kemunduran yang ketara bagi Serbia dalam Euro pertama mereka sebagai negara merdeka.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Jun 2024 @ 1:01 AM