PENYOKONG Jerman bergambar di luar stadium. FOTO REUTERS
PENYOKONG Jerman bergambar di luar stadium. FOTO REUTERS
Reuters

Munich: Penyokong Jerman menyahut cabaran jurulatih Julian Nagelsmann yang meminta agar dapat 'memeriahkan suasana' apabila mereka berkumpul di Marienplatz dekat Munich untuk berpesta dengan penyokong Scotland dan menuju ke zon peminat beberapa jam sebelum perlawanan pembukaan Euro 2024.

Pihak berkuasa Munich kemudian berkata zon peminat, yang mempunyai kapasiti 25,000 orang, sudah ditutup, begitu juga Marienplatz, ketika pasukan tuan rumah bersiap sedia untuk menghadapi Scotland dalam Kumpulan A.

"Zon Peminat di Olympic Park ditutup sementara kerana terlalu sesak. Sila jangan datang ke Olympic Park! Marienplatz kini terlalu sesak," kata mereka.

GELAGAT penyokong Scotland di luar stadium. FOTO REUTERS
GELAGAT penyokong Scotland di luar stadium. FOTO REUTERS

Peminat Scotland yang mengenakan kilt, iaitu pakaian tradisi mereka, dilihat memenuhi pusat bandar Munich sambil bersorak gembira dan menyanyi dengan penduduk tempatan.

"Saya sangat gembira ia akan bermula dan saya yakin suasana selepas ini pasti lebih hebat.

"Saya rasa hanya beberapa kali Jerman menjadi tuan rumah kepada kejohanan seperti ini, jadi kami perlu memanfaatkannya sepenuhnya," kata Benny Kuehnel, 32, dari Stuttgart.

ANTARA penyokong Jerman di dalam stadium. FOTO REUTERS
ANTARA penyokong Jerman di dalam stadium. FOTO REUTERS

Jutta Huelsheger, 54, sanggup mengharungi perjalanan yang jauh untuk berkumpul di zon peminat di Olympic Park bagi menantikan perlawanan pembukaan.

"Saya mahu hadir ke sini untuk menyaksikan perlawanan pembukaan, untuk menyerap semua suasana dan kegembiraan," katanya.

Jerman sudah memenangi empat Piala Dunia dan tiga Kejohanan Eropah tetapi reputasi mereka tercalar sejak akhir-akhir ini dengan pencapaian terakhir adalah menjulang Piala Dunia 2014 di Brazil.

ANTARA penyokong Jerman di dalam stadium. FOTO REUTERS
ANTARA penyokong Jerman di dalam stadium. FOTO REUTERS

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Jun 2024 @ 1:55 AM