ANTARA aksi pasukan MCKK bertemu SMSM, hari ini
ANTARA aksi pasukan MCKK bertemu SMSM, hari ini

Kuala Kangsar: Hari kedua Kejohanan Ragbi Tujuh Sebelah Kolej Melayu Kuala Kangsar

(MCKK Premier 7s) menyaksikan juara tahun lalu, Akademi Ragbi Selangor (ARAS) menyerlahkan penguasaan mereka dengan aksi hebat.

Berlangsung di Padang MCKK, Kuala Kangsar, ARAS memulakan usaha mempertahankan gelaran dengan kemenangan 67-0 ke atas Sekolah Menengah Atas Darunnajah (SMAD) dalam aksi Kumpulan A.

ARAS kemudian menewaskan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (INTEK) 36-0 menerusi enam try dan tiga conversion.

Sementara itu finalis dua kali, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1 (SSYP1) turut mempamerkan kehebatan mereka dengan kemenangan memberangsangkan 50-0 ke atas SMAD.

Saingan Kumpulan B pula menyaksikan finalis tahun lalu, Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) menunjukkan keazaman tinggi untuk meraih semula kejayaan dengan kemenangan 28-5 ke atas juara 2019, Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR).

SSMP meneruskan prestasi mantap mereka dengan menewskan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab (SHOAW) 31-0 dengan lima try dan tiga conversion.

SEMASHUR bagaimanapun bangkit semula apabila melakar kemenangan 19-0 terhadap Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas (AKRAM).

Kumpulan C pula menyaksikan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn (THOR) menang 24-0 ke atas Sekolah Tinggi Guanyin Perbandaran Taoyuan (GHS) sebelum mengatasi Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) 28-12.

Manakala Kumpulan D menyaksikan juara empat kali, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) mempamerkan semangat juara dengan dua kemenangan besar, iaitu 50-0 ke atas Maktab Tentera Diraja (RMC) dan 27-0 menentang Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward VII (KEVII).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Jun 2024 @ 7:50 PM