PemainSlovakia Ivan Schranz menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk kemenangan 1-0 Slovakia mengatasi Belgium, - Reuters
PemainSlovakia Ivan Schranz menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk kemenangan 1-0 Slovakia mengatasi Belgium, - Reuters
Reuters

Frankfurt: Slovakia mencipta sensasi di bumi Jerman apabila berjaya meraih gol awal sebelum bertahan untuk mengesahkan kemenangan dengan mengatasi Belgium 1-0 dalam saingan kumpulan E Euro 2024.

Ivan Schranz memanfaatkan kesilapan pertahanan Belgium untuk meletakkan Slovakia di hadapan pada minit ketujuh dan mempertahankan kedudukan itu untuk memastikan kemenangan yang tidak dijangka di Arena Frankfurt.

Pemain Slovakia meraikan kemenangan selepas mengatasi Belgium 1-0. - Reuters
Pemain Slovakia meraikan kemenangan selepas mengatasi Belgium 1-0. - Reuters

Penjaring terbanyak Belgium, Romelu Lukaku, dua kali berjaya menjaringkan gol tetapi kedua-duanya dinafikan selepas pemeriksaan VAR, pertama kali kerana ofsaid pada minit ke-56 dan beberapa minit sebelum tamat apabila Lois Openda didapati melakukan handball dalam usaha mengatur serangan sebelum penyerang itu melepaskan rembatan untuk menerjah jaring lawan.

Reaksi penyerang Belgium Romelu Lukaku selepas golnya dibatalkan pengadil. - Reuters
Reaksi penyerang Belgium Romelu Lukaku selepas golnya dibatalkan pengadil. - Reuters

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Slovakia menyertai Romania untuk meraih kemenangan pertama dengan Slovakia berada di puncak kedudukan kumpulan E selepas kemenangan 3-0 mereka ke atas Ukraine.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2024 @ 2:19 AM