ANTARA penyokong yang hadir ke stadium. FOTO Zulfaizan Mansor
ANTARA penyokong yang hadir ke stadium. FOTO Zulfaizan Mansor
Zulfaizan Mansor


Hanoi: Ribuan 'tentera' penyokong Vietnam sudah mula berkumpul di Stadium My Dinh, di sini, menjelang pertembungan antara skuad negara itu dengan Malaysia dalam saingan Piala AFF 2022, malam ini.

Suasana gamat seakan aksi final dapat dilihat berlangsung di pekarangan stadium keramat skuad Golden Star Warriors itu dengan dihiasi pelbagai gelagat penyokong.

Paling menarik apabila kumpulan Ultras Malaya dilihat bernyanyi bersama Ultras Vietnam sambil menyalakan suar di tepi jalan besar stadium.

Keadaan itu mencetuskan lagi suasana hangat aksi Kumpulan B itu bagi saingan 'Piala Dunia' Asia Tenggara dengan Vietnam dan Malaysia dilabel sebagai pasukan pilihan.

ANTARA penyokong yang hadir ke stadium. FOTO Zulfaizan Mansor
ANTARA penyokong yang hadir ke stadium. FOTO Zulfaizan Mansor

Suasana di dalam stadium yang berkapasiti 40,192 orang itu juga cukup meriah dengan lautan merah penyokong Vietnam menguasai sebahagian besar ruang stadium.

Barisan pemain Vietnam tiba di stadium jam 5.50 petang waktu tempatan disusuli skuad Harimau Malaya lima minit kemudian.

Untuk rekod, Malaysia kini memimpin kumpulan dengan enam mata selepas merekodkan kemenangan bersih dalam dua perlawanan sebelum ini iaitu menang 1-0 dan 5-0 ke atas Myanmar dan Laos.

Vietnam yang baru beraksi satu perlawanan di kedudukan kedua dengan meraih tiga mata dan mereka boleh merampas kedudukan teratas seandainya berjaya menundukkan Harimau Malaya.

ANTARA penyokong yang hadir ke stadium. FOTO Zulfaizan Mansor
ANTARA penyokong yang hadir ke stadium. FOTO Zulfaizan Mansor

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Disember 2022 @ 7:23 PM