PEMAIN Slovenia, Erik Janza melepaskan rembatan yang diiktiraf paling deras pada saingan Euro 2024 setakat ini. FOTO Agensi
PEMAIN Slovenia, Erik Janza melepaskan rembatan yang diiktiraf paling deras pada saingan Euro 2024 setakat ini. FOTO Agensi
Reuters

Hamburg, Jerman: Jaringan tonggak pertahanan Slovenia, Erik Janza diiktiraf gol paling padu dalam saingan Euro 2024 setakat ini apabila rembatannya mencatatkan kelajuan 128.76 kph atau 80 km/j.

Manakala jaringan pemain tengah Denmark, Morten Hjulmand pula diumumkan sebagai jaringan paling jauh setakat ini dengan jarak 28 meter.

Rekod berkenaan dicatatkan oleh juruanalisis kejohanan yang dilantik UEFA sepanjang kejohanan Eropah itu.

Catatan berkenaan direkod menggunakan teknologi terkini yang dibangunkan oleh jenama sukan terkenal, Adidas.

Menurut juruanalisis itu juga, percubaan pemain Hungary, Kevin Csoboth ketika menentang Scotland merekodkan putaran bola di udara paling tinggi dengan 16 putaran sebelum menerjah jaring.

Kesemua catatan itu dijangka berubah sebaik pusingan kalah mati bermula dengan membabitkan lapan perlawanan berkelas tinggi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Jun 2024 @ 7:40 PM