TUCHEL yakin Chelsea akan terus menjadi pasukan yang kuat walaupun ketiadaan Abramovich. FOTO Reuters
TUCHEL yakin Chelsea akan terus menjadi pasukan yang kuat walaupun ketiadaan Abramovich. FOTO Reuters
AFP

London: Thomas Tuchel berkata beliau yakin bahawa Chelsea akan kekal menjadi kelab yang kuat selepas pemiliknya, Roman Abramovich membuat pengumuman dramatik untuk menjual pasukan berkenaan berikutan pencerobohan Rusia terhadap Ukraine.

Jutawan Rusia itu, yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Presiden Vladimir Putin, berkata adalah ia adalah keputusan terbaik buat penyandang juara Liga Juara-Juara berkenaan jika beliau memutuskan hubungan selepas 19 trofi diraih ketika di bawah pemilikannya.

Pengumumannya hadir selepas Chelsea menang aksi pusingan kelima Piala FA pertengahan minggu ini dengan menumbang wakil Liga Kejuaraan, Luton 3-2.

Tuchel berkata, pemain dan kakitangan kelab diberi taklimat mengenai situasi itu pada hari berikutnya oleh Petr Cech, penasihat teknikal dan prestasi Chelsea.

"Tidak masuk akal untuk terlalu bimbang kerana kami tidak mempunyai banyak pengaruh, bukan untuk mengatakan tiada pengaruh sama sekali, jadi itu adalah perkara yang paling penting," kata Tuchel.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Mac 2022 @ 8:51 PM