XAVI tidak lagi bersama Barcelona.
XAVI tidak lagi bersama Barcelona.
AFP

Barcelona: Barcelona memecat jurulatih Xavi Hernandez selepas gergasi Catalan itu gagal memenangi trofi musim ini.

Xavi akan mengendalikan tugas pada aksi terakhir La Liga menentang Sevilla pada Ahad ini.

"Presiden Barcelona Joan Laporta memberitahu Xavi Hernandez dia tidak akan lagi meneruskan tugas sebagai jurulatih untuk musim 2024-25," kata Barcelona dalam satu kenyataan hari ini.

Bekas jurulatih Bayern Munich dan Jerman Hansi Flick menjadi calon pilihan untuk menggantikan Xavi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mei 2024 @ 10:58 PM