PENYERANG England, Raheem Sterling menyertai Chelsea menerusi kontrak lima tahun. FOTO AFP
PENYERANG England, Raheem Sterling menyertai Chelsea menerusi kontrak lima tahun. FOTO AFP
Reuters

London: Pemain baharu ditandatangani Chelsea, Raheem Sterling akan menjadi aset penting kepada kelab London itu dan membentuk pasukan, kata pengurus, Thomas Tuchel.

Sterling menyertai Chelsea dengan kontrak lima tahun dari juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, semalam.

Pemain berusia 27 tahun itu adalah pemain pertama ditandatangani Chelsea di bawah pemilik baharu, Todd Boehly dan Clearlake Capital, yang mengambil alih daripada jutawan Rusia, Roman Abramovich pada hujung Mei lalu.

"Dia akan menjadi aset penting untuk kami," kata Tuchel kepada BBC, hari ini.

"Diharapkan dia membentuk pasukan kami dengan menjadi dirinya sendiri.

"Bagi saya, dia adalah pemain hebat, pengaruh besar dalam bola sepak Inggeris tahun lalu dan pada usia sesuai untuk memikul tanggungjawab di keliling pemain muda kami serta menjadi contoh."

Selepas memulakan karier di peringkat senior bersama Liverpool, Sterling berhijrah ke City pada 2015 dan menjaringkan lebih 100 gol untuk kelab Etihad itu.

Dia turut membantu City menang empat gelaran EPL dan empat Piala Liga, serta satu Piala FA.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Julai 2022 @ 10:11 PM