ARSENAL dijangka menamatkan saingan EPL musim ini di tangga ke-12. FOTO AFO
ARSENAL dijangka menamatkan saingan EPL musim ini di tangga ke-12. FOTO AFO
Agensi

London: Arsenal berdepan dengan kempen sukar setakat ini di Liga Perdana Inggeris (EPL) setakat ini selepas hanya mengumpul 14 mata daripada 14 perlawanan.

The Gunners sekarang ini menduduki tempat ke-15 dan berdasarkan ramalan terkini yang dikeluarkan, ia tidak akan menjadi bertambah baik buat pasukan bimbingan Mikel Arteta.

Arteta berada dalam tekanan yang semakin memuncak sejak beberapa minggu kebelakangan ini selepas gagal memperbaiki permulaan mengecewakan.

Jika ia berterusan seperti ini beliau mungkin bernasib baik untuk dikekalkan tatkala baru bermula mencipta nama sebagai pengurus.

Bagaimanapun, pengendali dari Sepanyol itu perlu berusaha keras untuk mengubah segala-galanya dan berdasarkan ramalan terkini 'FiveThirtyEight' ia akan menjadi musim sukar buat The Gunners.

Menurut ramalan berkenaan, Arsenal berada di landasan untuk menamatkan kempen musim ini di tangga ke-12 dengan hanya memungut 50 mata, 12 mata di belakang Leicester City, yang dijangka menduduki tempat keenam walaupun bermula dengan cemerlang.

Sudah tentu penamat pertengahan liga adalah lebih baik daripada keadaan yang lebih buruk buat Arsenal yang sekarang ini empat mata di atas zon penyingkiran.

Bagaimanapun, tempat ke-12 bukan seperti yang mereka mahukan musim ini selepas menamatkan saingan lebih baik musim lalu dan sudah berbelanja besar bagi mendapatkan Thomas Partey dan Gabriel Magalhaes.

Ramalan berkenaan menyatakan bahawa Arsenal memiliki dua peratus peluang untuk layak ke Liga Juara-Juara tapi perkara yang lebih baik adalah mereka hanya memiliki peluang tiga peratus tersingkir dari EPL berbanding West Brom (89 %), Sheffield United (82%) dan Fulham (46%).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Disember 2020 @ 8:06 AM