MIKEL Arteta. FOTO Agensi
MIKEL Arteta. FOTO Agensi
Agensi

London: Bekas pemain Manchester City, Micah Richards mendakwa pengurus Arsenal, Mikel Arteta melakukan satu kesilapan hingga menyebabkan pasukan itu terpaksa mengigit jari buat musim kedua berturut-turut gagal memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Jelasnya, kesilapan paling besar adalah ketika The Gunners tewas 2-0 kepada Aston Villa pada 14 April lalu di mana beberapa keputusan Arteta mengubah formasi merugikan pasukan itu.

"Saya rasa, Arteta membuat kesilapan apabila menukar posisi Kai Havertz di bahagian depan kepada tengah ketika menentang Villa. Akhirnya mereka tewas kepada Villa.

"Sepatutnya Kai Havertz kekal di bahagian depan kerana dia beraksi baik sepanjang musim dan bukannya mengubah peranan pemain itu.

"Arteta sepatutnya memulakan pemain tengah lain seperti Jorginho atau Thomas Partey," katanya.

Arsenal terpaksa akur di saat akhir persaingan EPL apabila Manchester City mengesahkan kejuaraan liga dalam aksi minggu terakhir yang penuh mendebarkan.

Anak buah Arteta yang menguasai liga sejak awal musim dipintas City dengan perbezaan dua mata, di mana Arsenal memungut 89 mata manakala skuad kendalian Pep Guardiola 91 mata.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Jun 2024 @ 11:42 AM