PENYERANG Arsenal, Bukayo Saka (kanan) berdepan penjaga gol Liverpool, Alisson pada aksi EPL di Anfield, Liverpool awal pagi tadi. FOTO Reuters
PENYERANG Arsenal, Bukayo Saka (kanan) berdepan penjaga gol Liverpool, Alisson pada aksi EPL di Anfield, Liverpool awal pagi tadi. FOTO Reuters
AFP

Liverpool: Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) masih milik Arsenal selepas pasukan itu berjaya mengikat Liverpool 1-1 di Anfield dalam aksi yang penuh mendebarkan.

Skuad kendalian Mikel Arteta mendahului menerusi tandukan pemain pertahanan Gabriel Magalhaes seawal minit keempat namun bintang Liverpool, Mohamed Salah mengikat kedudukan pada minit ke-29 sekaligus kedua-dua pasukan berpuas hati dengan satu mata.

Menerusi keputusan itu, skuad The Gunners unggul satu mata di depan Liverpool yang menghuni tangga kedua menuju ke musim perayaan itu.

Pengurus The Reds, Jurgen Klopp akui cukup kecewa dengan keputusan itu namun tetap berpuas hati dengan persembahan skuad bimbingannya itu.

"Oh Tuhanku, betapa kuatnya mereka? Berita baik kami juga sebagus mereka," kata Klopp.

"Kami membuat hantaran di sebalik percubaan, empat atau lima kali kami melakukannya, ia satu pengajaran. Tetapi secara umumnya perlawanan ini hebat."

Untuk rekod, Liverpool tidak tewas dalam 11 perlawanan terakhir menentang Arsenal di Anfield.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Disember 2023 @ 8:05 AM