Pelanggan menikmati hidangan di Restoran Mr Roasted Greentown
Pelanggan menikmati hidangan di Restoran Mr Roasted Greentown

Ipoh: Sekalipun hampir tujuh bulan beroperasi Restoran Mr Roasted Greentown semakin mendapat tempat di kalangan penduduk sekitar.

Malah bandar Ipoh yang cukup terkenal dengan pelbagai pilihan menu makanan enak membolehkan Mr Roasted Greentown berkonsepkan menu Cina Muslim menjadi pilihan 'food hunter' untuk mencuba resipi istimewa dan enak yang ditawarkan.

Antara yang menjadi pilihan pastinya menu berasaskan itik yang dimasak dengan cara panggang atau salai dan ayam panggang atau hainan yang dimakan bersama nasi atau mee wanton, sayur serta sup.

Selain pelbagai pilihan makanan tradisi masyarakat Malaysia serta set menu menarik yang ditawarkan pada harga berpatutan.

Pengarahnya, Eric Lee, 47, berkata pihaknya mendapat maklum balas yang baik daripada pelanggan mengenai menu disediakan di premis itu.

"Sudah tentu kami mahu memastikan semua hidangan dapat memenuhi selera pelbagai lapisan masyarakat dan kaum.

"Malah setiap hidangan makanan ditawarkan pada harga berpatutan termasuk beberapa menu istimewa disediakan," katanya.

Eric tengah bersama kakitangannya.
Eric tengah bersama kakitangannya.

Tambahnya, pihaknya juga mengalu-alukan mana-mana pihak atau agensi untuk mengadakan majlis jamuan di premis yang boleh menempatkan hampir 100 orang dalam satu masa itu.

"Selain di Greentown kita juga mempunyai premis di pekan Tambun yang dibuka pada Mac lalu dan boleh memuatkan lebih ramai orang bagi tujuan menganjurkan sebarang acara.

"Kami percaya pembukaan premis ini juga dapat memenuhi permintaan tinggi pelanggan di sekitar Tambun dan luar daripada Ipoh," kata Eric yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang makanan & minuman (F&B) serta cef beberapa hotel di Singapura.

Katanya, setakat ini premis perniagaan itu mempunyai dua cef dan dibantu lima pekerja.

Mr Roasted Greentown di Greentown Business Center, di sini beroperasi setiap hari bermula jam 11 pagi hingga 9 malam.

Pelanggan boleh memilih untuk makan di premis atau bawa pulang.

Berdasarkan semakan di google reviu pula restoran ini mencatat 4.9 atau kategori lima bintang terhadap maklum balas positif pelanggan.

Restoran Mr Roasted Greentown
Restoran Mr Roasted Greentown

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Julai 2024 @ 7:31 PM