PEMAIN Argentina, Lucas Rossi (kiri) melepasi pemain Sepanyol pada aksi Kumpulan A kempen Piala Dunia. FOTO EPA
PEMAIN Argentina, Lucas Rossi (kiri) melepasi pemain Sepanyol pada aksi Kumpulan A kempen Piala Dunia. FOTO EPA
Jugjet Singh


BHUBANESWAR: Juara Olimpik 2016, Argentina nyaris dimalukan sebelum melakar kemenangan tipis 4-3 ke atas Sepanyol dalam aksi Kumpulan A kempen Piala Dunia, hari ini.

Pasukan ranking nombor dua dunia, Argentina dipaksa bekerja keras yang menyaksikan Sepanyol terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Enrique Gonzalez seawal minit ketiga.

Empat gol Argentina dijaringkan oleh Agustin Mazzilli (minit ke-4, 15) dan Gonzalo Peillat (15 dan 49).

Dua lagi gol Sepanyol dijaringkan Josep Romeu minit ke-14 dan Vincenc Ruiz (35).

Pakar pukulan sudut penalti Argentina, Peillat yang menyarung jersi Pasukan Hoki Terengganu (THT) dalam saingan Liga Hoki Malaysia menjadi wira dengan menyelamatkan pasukannya daripada dimalukan.

"Sepanyol memberi kesukaran kepada kami dan memaksa kami bekerja keras pada suku pertama. Kami tidak boleh bermain seperti ini dalam dua perlawanan seterusnya (New Zealand dan Perancis)," kata Peillat yang turut memuji kepantasan dan kesungguhan ditunjukkan barisan pemain Sepanyol.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 November 2018 @ 10:06 PM