AKSI antara pemain Pulau Pinang (jersi kuning) dan Perlis di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan. FOTO/AMIR  IRSYAD OMAR
AKSI antara pemain Pulau Pinang (jersi kuning) dan Perlis di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan. FOTO/AMIR IRSYAD OMAR
Rudy Syareme Sheriffudin


PULAU Pinang memberikan bayangan awal kebangkitan mereka selepas menundukkan Perlis 3-2 pada aksi persahabatan di Stadium Negeri, Batu Kawan malam tadi.

Anak buah Zainal Abidin Hassan memperagakan semangat juang tinggi selepas bekerja keras sepanjang latihan menjelang Liga Perdana awal bulan depan.

Gol skuad Harimau Kumbang dijaringkan Kang Seung Jo pada minit ke-40, Alafi Mahmud (m-49) dan Ryan Johnson (m-65) manakala Perlis membalas menerusi Asyraaf Amil (m-24) dan Ikmal Ibrahim (m-63).

“Latihan intensif sudah dijalankan sejak beberapa hari lalu namun tahap kecergasan pemain amat baik dan masih perlu dipertingkatkan dan persiapan pasukan perlu disegerakan.

“Kehadiran dua pemain import, Seung Jo dari Korea Selatan dan Ryan dari Jamaica yang sedang diuji juga tidak mengecewakan dan masing-masing mempamerkan prestasi cemerlang selain menjaringkan satu gol.

“Kami belum lagi membuat pilihan dan keputusan untuk mengisi dua kekosongan kuota pemain import selepas Sanna Nyasi dan Ugo Ukah sah dipilih menyertai Pulau Pinang tahun ini,” katanya.

Selepas ini Pulau Pinang akan bertemu Kedah pada aksi persahabatan di Stadium Darul Aman, 27 Januari depan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 January 2018 @ 11:33 AM